Suasana di pagi raya... Di dalam kegirangan menyambut syawal tiba, kehilangan abang ipar Taharin B. Mat Yit pada 28.04.2008 masih terasa. Kami kehilangan seorang anggota keluarga. Yeop telah kembali kerahmatullah. Air mata mudah mengalir bila terkenangkannya, terutama bila syawal tiba. Nasiblah Yong mempunyai semangat yang kuat dan redha dengan pemergiaannya. Demi untuk membesarkan anak-anaknya.
Monday, October 5, 2009
Bergambar Di Hari Raya
0 comments 9:10 PM Posted by Yati BloggerWednesday, September 16, 2009
SELAMAT HARI RAYA........
0 comments 9:25 PM Posted by Yati BloggerMonday, June 29, 2009
Berkunjung ke rumah Yong
0 comments 1:11 AM Posted by Yati BloggerCuti minggu ni pergi rumah Yong kat Lekir. Dah lama sangat tak pergi rumah dia. Kebetulan minggu ni Yong tak balik kg. Kesian Aqilah dengan ikram telefon banyak kali ajak datang rumah dia. Tengok le Aqilah, Ain, Ikram dan Hakimi tu. Punya le seronoknya dapat mandi kat dalam kolam tu. Sampai semuanya tak nak naik.
Sunday, June 28, 2009
MEE REBUS
0 comments 10:13 PM Posted by Yati BloggerTuesday, June 16, 2009
PERCUTIAN KELUARGA KE KELANTAN 11/06/09 - 13/06/09
0 comments 9:42 PM Posted by Yati BloggerHakimi macam pelik je tengok basikal macam ni. Maklum le tak pernah tengok beca. Itupun kakak dia yang teman naik beca tu. Kalau tak dia tak nak naikpun. Jadilah gambar kenangan menaiki beca.
Bergambar kenangan kat Reha Kota Bharu. Tak semua ada dalam gambar ni. Setengah ada kat dlm bas. Deme cakap dah tak larat nak jalan dah. Siapa nak turun boleh le masuk muzium.
Acara sukaneka untuk kanak-kanak. Saja nak seronok-seronok. Itupun Yong yang aturkan acara dan belikan hadiahnya. Buat kat PCB.
Nasib baik le ada stroller. Tak le letih sangat nak dukung Auni. Dapat juga dia baring.
My Family
0 comments 1:33 AM Posted by Yati Bloggerain zulaika
1 comments 1:11 AM Posted by Yati BloggerNamanya Ain Zulaikha. Anak yang sulung. Umurnya 7 tahun. Tarikh lahir dia 09.07.2002. Ain sangat rapat dengan ayahnya. Kalau nak tidur mesti nak main kuku ayah dia. Kalau tak dapat kuku nanti dia menangis. Macam bantal busuk le. Bila besar nanti dia kata nak buka kedai makan. Ini le yang selalu dia cakap. Harap-harap biar le tercapai cita-citanya.
Hakimi
1 comments 1:11 AM Posted by Yati BloggerYang ni pulak anakku yang no.2. Nama dia Muhammad Danish hakimi. Sekarang umurnya dah nak masuk 2 tahun. Lahir pada 22.07.2007. Dia suka mengajuk apa yang orang cakap. Suruh je mesti dia buat. Hakimi ni bukannya mau duduk diam. Ada je aktiviti yang dia nak buat. Suka berkawan dengan orang besar je. Kesian dengan sepupu dia Haikal dan Iqram. Hakimi selalu je gigit budak berdua ni.
Auni
0 comments 12:44 AM Posted by Yati BloggerIni anakku yang ketiga. Namanya Nur Imanina auni. Gambar ni di ambil ketika umurnya 6 bulan. Lahirnya pada 30.12.2008. Kononnya nak lahir tahun baru. Tapi tak sempat juga dia nak keluar. Baru aje 2 hari dah kira umur satu tahun. Tapi tak pe le. umurnya muda. Buat masa ni alhamdullillah le. Auni tak banyak ragam. Yang kesiannya dia jadi mangsa abangnya hakimi. Selalu kena regeng dengan hakimi. Maklumlah umur abangnya 1 tahun 5 bulan dah dapat adik. Tak tau apa lagi.
Subscribe to:
Comments (Atom)




